Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAPM, Ketua Pengarah Kesihatan bersama empat ‘frontliner’ KKM selamat terima suntikan vaksin...

PM, Ketua Pengarah Kesihatan bersama empat ‘frontliner’ KKM selamat terima suntikan vaksin COVID-19

Detik bersejarah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima suntikan vaksin #COVID19 telah dipertontonkan di platform media massa dan media sosial sebentar tadi.

Siaran langsung Pelancaran Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu menyaksikan kedua mereka menerima suntikan keluaran Pfizer yang dibawa dalam ‘cool box’ dari Pusat Penyimpanan Vaksin.

Perdana Menteri menerima suntikan vaksin oleh vaksinator, Lina Ibrahim, Ketua Jururawat Kesihatan, PKD Putrajaya.

Manakala Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima suntikan vaksin daripada vaksinator yang juga Jururawat Kesihatan Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar.

Antara mereka yang lain menjadi antara penerima awal vaksin COVID-19 bersama-sama dengan Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan ialah :

1. Clement A/L Marai Francis, seorang pemandu di Pejabat kesihatan Putrajaya

2. Khairul Asraf Mohd Yasin, Penolong Pegawai Perubatan di PKD Putrajaya

3. Dr Tan Yee Ling, Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9

4. Sheilla Mellisa Sikin, Jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9.

Tahiah dan terima kasih!

#LindungDiriLindungSemua

#LindungDiriLindungSemua

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments