Monday, May 20, 2024
HomeBERITAPM gesa JAKIM main peranan lebih besar gubal dasar

PM gesa JAKIM main peranan lebih besar gubal dasar

BUTTERWORTH, 11 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar memberikan input yang lebih besar dalam penggubalan dasar kerajaan.

Lapor Bernama Anwar berkata, pihaknya bertemu dengan kepimpinan Jakim baru-baru ini dan mahu mereka membantu melakar rangka dasar pembangunan negara berteraskan Malaysia Madani.

Tambah beliau, fungsi JAKIM sebelum penubuhan Kerajaan Perpaduan terhad kepada berdakwah, mengadakan latihan dan menganjurkan pertandingan tilawah Al-Quran bersama kerajaan negeri.

“Tetapi ia mempunyai sedikit peranan semasa merangka Rancangan Malaysia Ke-12, belanjawan negara serta mereformasi institusi negara dan kerajaan,” kata Anwar pada pertandingan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan di sini hari ini.

“Apa yang saya lakukan ialah mengarahkan para ulama, mufti dan tokoh-tokoh di JAKIM supaya seiring dengan ‘perkembangan semasa’ agar input mereka dapat digunakan, memberi manfaat kepada negara dan mengangkat martabat kerajaan kita,” kata Anwar.

Beliau berkata dakwaan bahawa kerajaannya telah meninggalkan Islam hanyalah “fitnah jahat”.

JAKIM telah menerima peruntukan yang lebih tinggi di bawah kerajaannya dan diberi peranan yang lebih besar, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, dalam membantu proses penggubalan dasar kerajaan berdasarkan konsep “Malaysia MADANI”.

Jabatan Kemajuan Islam pada masa lalu telah dikritik kerana saiz peruntukan belanjawan tahunannya yang besar mencecah lebih RM1.5 bilion.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah antara yang telah menimbulkan persoalan mengenai bajet jabatan itu.

JAKIM juga telah menimbulkan kontroversi berhubung pengendalian perkara yang melibatkan agama dan amalan bukan Islam.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments