Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPM dijangka umum barisan kabinetnya hari ini

PM dijangka umum barisan kabinetnya hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan senarai nama kabinet Keluarga Malaysia petang ini.

Cakap-cakap umum banyak memperkatakan mengenai nama-nama yang bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga menteri kanan.

Pelbagai versi senarai anggota Kabinet baharu tular sejak beberapa hari lalu.

Media melaporkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri berlangsung pagi ini.

Perbincangan dalam sesi menghadap hari ini  terarah kepada mempersembahkan senarai nama anggota Kabinet untuk diberi perkenan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sekiranya diberi perkenan, majlis angkat sumpah anggota Kabinet dijangka berlangsung minggu ini dan paling cepat esok. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments