Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA12 hari dalam rawatan akibat Covid-19, Lajim Ukim kini ditidurkan

12 hari dalam rawatan akibat Covid-19, Lajim Ukim kini ditidurkan

Setelah 12 hari dalam rawatan akibat jangkitan Covid-19, Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin, kini ditidurkan.

Media Sabah melaporkan, ahli keluarga terdekatnya berkata tindakan itu diambil oleh pasukan perubatan kira-kira jam 2 petang tadi selepas mendapat persetujuan keluarganya.

“Beliau sudah 12 hari dalam rawatan akibat jangkitan COVID-19 sejak dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah pada 13 Ogos lalu.

“Sehari sebelum dimasukkan ke hospital, beliau menyertai lawatan kerja Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, ke Kudat pada 12 Ogos sebelum mengadu kurang sihat ketika berada di rumah pada sebelah malam.

“Beliau kemudian dihantar ke Hospital Gleneagles bagi mendapatkan rawatan, sebelum disahkan positif COVID-19 menerusi ujian PCR dan RTK.

“Beliau kemudiannya dihantar ke Hospital KPJ Sabah keesokan harinya bagi mendapatkan rawatan COVID-19 untuk pemantauan rapi sehingga hari ini,” katanya.

Datuk Seri Lajim yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, berada dalam keadaan baik ketika dimasukkan ke hospital tetapi sedikit merosot beberapa hari kemudian, termasuklah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

“Beliau sempat menghubungi keluarga pagi tadi dan memaklumkan berasa sakit, namun tidak pasti maksud kesakitan diberitahunya.

“Selepas itu, pihak hospital menghubungi isteri beliau berkaitan Datuk Seri perlu ditidurkan dan keluarga menyetujuinya,” katanya.

Beliau berkata, Lajim sebelum ini mempunyai masalah berkaitan jantung, gangguan buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi, namun semuanya dalam situasi terkawal.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments