Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAPM arah KKM beri rawatan terbaik kepada Najib Razak

PM arah KKM beri rawatan terbaik kepada Najib Razak

PUTRAJAYA, 13 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan rawatan terbaik diperlukan Datuk Seri Najib Razak berikutan status terkini keadaan kesihatan beliau.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Dato’ Seri Najib dan mengarahkan KKM memberikan rawatan terbaik.

“Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Razak. Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan terbaik diperlukan beliau. Saya doakan beliau diberikan kesihatan baik,” ciapnya ringkas dalam satu hantaran Twitter tadi.

Terdahulu, media melaporkan Najib akan dirujuk ke Hospital Kajang berikutan ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk ke atas beliau.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Sri Ram berkata, keadaan Najib dilaporkan agak teruk seperti dimaklumkan oleh Jabatan Penjara kepadanya bahawa ubat tekanan darah tinggi tertuduh ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepada Najib.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Najib dilaporkan berada dalam keadaan sihat ketika dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 9 September lalu.

Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat lalu sebagai kes elektif (bukan kecemasan) bagi memastikan kesihatan beliau berada pada tahap baik dan optimum. –THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments