Friday, July 19, 2024
HomeBERITAMalaysia mampu capai RM70 bilion sasaran pelaburan digital menjelang 2025

Malaysia mampu capai RM70 bilion sasaran pelaburan digital menjelang 2025

GEORGETOWN, 13 Sept – Malaysia berada di kedudukan terbaik bagi mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai hab pelaburan digital di ASEAN.

“Dengan memiliki infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem digital yang holistik dan bakat digital yang berpengetahuan tinggi, hari ini, Malaysia mampu menjadi destinasi pelaburan digital utama di ASEAN,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada majlis Kongres Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (WCIT) 2022 di Spice Arena, Bayan Baru di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, melalui inisiatif Malaysia Digital (MD) berjaya meraih nilai Pelaburan Digital Langsung Asing sebanyak RM42 bilion hanya dalam tempoh dua bulan ia dilancarkan iaitu pada Julai lalu.

Beliau berkata, nilai itu dijana melalui pelaburan sebanyak 28 buah syarikat asing terdiri daripada syarikat dalam sektor Pusat Data; Penyedia Perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT); Teknologi Kandungan Kreatif dan Global Business Services (GBS).

“Kejayaan ini amat penting dalam proses pemulihan ekonomi negara kerana akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi, membantu merancakkan inovasi seterusnya melonjakkan ekonomi digital,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments