Friday, July 12, 2024
HomeBERITAPM agih 12,900 peranti kepada mahasiswa Pahang

PM agih 12,900 peranti kepada mahasiswa Pahang

Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diterjemahkan dengan mendengar dan peka denyut nadi rakyat khususnya golongan yang memerlukan sokongan serta bantuan kerajaan.

Sehubungan itu, kerajaan meneruskan agenda dalam menyalutkan bantuan khasnya bagi golongan B40.

Dari aspek pendidikan, kerajaan telah mengagihkan sejumlah 12,900 atau 65 peratus peranti kepada mahasiswa yang layak di Pahang.

Menurut beliau, bantuan ini diagihkan kepada mahasiswa supaya <span;>tidak ketinggalan dalam arus kemajuan khususnya arus digitalisasi selain bermanfaat sebagai kegunaan ketika belajar.

“Bagi Negeri Pahang, sejumlah 19,806 permohonan telah diluluskan. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyasarkan untuk menyelesaikan pengagihan baki permohonan yang telah lulus pada hujung bulan ini,” katanya.

Ismail Sabri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera berkata demikian dalam ucapannya ketika singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak dalam Sesi Pengagihan Perantisiswa Keluarga Malaysia yang dilaksanakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata sesi agihan ini melibatkan tiga buah sekolah tingkatan enam di Bera iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, Sekolah Menengah Kebangsaan Triang dan Sekolah Menengah Kebangsaan FELDA Purun,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, lebih 252,000 atau 73 peratus tablet telah diedarkan di seluruh negara dalam masa kira-kira dua bulan.

– THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments