Monday, July 15, 2024
HomeBERITAPKPD keenam di Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur

PKPD keenam di Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pihak kerajaan telah memutuskan untuk melaksana arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Pada sidang media harian COVID-19, beliau berkata pelaksanaan berkenaan dibuat berdasarkan nasihat oleh Menteri Kesihatan dan pelaksanaan itu juga akan berkuatkuasa bermula 20 April sehingga 3 Mei 2020.

Pelaksanaan ini akan membabitkan lapan parcel yang telah dikenal pasti antaranya :

1. Parcel A: Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur.

2. Parcel B : Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
3. Parcel C : Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur.

4. Parcel D : Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur.

5. Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur.

6. Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur.

7. Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur.

8. Parcel F : Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur.

Turut diingatkan para penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

Bilik Gerakan PKP DBKL di 03-4026 7222 atau Pusat Kawalan IPD Sentul di 03-4048 2212

PKPD di Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur.#MinDefMalaysia#COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Senin, 20 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments