Setiap individu mempunyai peranan masing-masing dan bagi para frontliners, mereka juga harus bertugas di lapangan masing-masing tanpa mengira waktu dan keadaan.
“Jadi, kepada rakyat Malaysia, saya menyeru agar terus mematuhi PKP dan tolong hargai pengorbanan para ‘frontliners’ ,” ujar Dato’ Seri Dr Adham Baba.
Menurut beliau lagi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 ini bukanlah satu pilihan tetapi satu kemestian.
Memetik perkongsian dari laman Facebook rasmi Menteri Kesihatan, beliau turut berkongsi mengenai perbincangan beberapa perkara penting berkaitan perkembangan terkini wabak pandemik COVID-19 bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dato’ Dr. Rohaizat Yon, Pengarah Kawalan Penyakit, Dr. Norhayati Binti Rusli, dan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Dato’ Dr. Norhizan Bin Ismail.
Bersama kita putuskan rantaian penularan COVID-19.
Kita Mesti Menang!
Malam ini saya bersama Datuk Dr. Hj. Rohaizat Bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr. Norhayati…
Dikirim oleh DR ADHAM BABA pada Senin, 20 April 2020
#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply