Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPKPB di Sarawak dilanjut sehingga 1 Mac

PKPB di Sarawak dilanjut sehingga 1 Mac

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak akan dilanjutkan bermula 15 Februari sehingga 1 Mac 2021.

Antara perkara lain yang turut diputuskan oleh JPBN adalah berkenaan dengan arahan untuk tidak membenarkan pergerakan antara zon dalam negeri itu, melainkan mendapat kebenaran dan permit daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Manakala, bagi kawasan yang berstatus zon merah, aktiviti ekonomi seperti pasar tani, pasar malam dan bazar larut malam juga tidak dibenarkan beroperasi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments