Thursday, November 19, 2026
HomeBERITA126,000 penerima vaksin disuntik sehari bermula 26 Februari

126,000 penerima vaksin disuntik sehari bermula 26 Februari

Seramai 126,000 orang dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari di lokasi vaksinasi di seluruh negara bermula 26 Februari ini.

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba berkata kira-kira tujuh vaksinator akan disediakan di setiap 600 lokasi vaksinasi di sekitar komuniti merangkumi klinik kesihatan, hospital awam dan swasta.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara tiga fasa bermula hujung bulan ini dan mensasarkan 80 peratus warganegara akan menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.

Jemaah menteri juga bersetuju memberi vaksin secara percuma kepada warga asing yang menetap dalam negara melalui Program Imunisasi COVID-19 yang akan bermula penghujung bulan ini.

Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warganegara asing itu akan diumumkan kelak.

“Pemberian vaksin ini akan melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di negara ini,” ujar beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments