Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPKP: Ketegasan polis demi lindungi masyarakat - Menteri Dalam Negeri

PKP: Ketegasan polis demi lindungi masyarakat – Menteri Dalam Negeri

MELAKA, 4 April — Ketegasan anggota polis ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan melindungi masyarakat daripada terdedah kepada jangkitan COVID-19, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin(kanan) sedang mendengar taklimat ringkas daripada Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shahrul Lailli Masduk (kiri) di Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka. Foto: FB Sayed Amir Muzzakkir(tengah), Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata setiap anggota polis menggunakan budi bicara dalam melaksanakan PKP dan mereka  yang didapati melanggar perintah itu diberikan nasihat terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil terhadap yang masih berdegil dan ingkar.

Hamzah berkata sokongan rakyat di negara ini supaya anggota polis bertindak tegas terhadap mereka yang ingkar PKP amat dihargai terutama dalam kes melibatkan seorang pegawai polis di Kunak, Sabah yang didakwa merotan lima remaja lelaki kerana didapati ingkar PKP.

“Pegawai itu sudah bersama PDRM (Polis Diraja Malaysia) selama 15 tahun dan saya tengok dia anggota yang baik, tegas. Tetapi apabila berlaku perkara seperti ini sudah tentu ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) kita akan buat siasatan dalaman.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin memeriksa kenderaan di sekatan jalan di Ayer Keroh, Melaka. Foto: FB Sayed Amir Muzzakkir

“Ada (masa) kita kena lakukan untuk kebaikan lebih besar, kepentingan masyarakat. Perkara ini kita lakukan ikut undang-undang, tindakan itu biar ada perasaan  kemanusiaan terhadap anggota polis dan masyarakat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini hari ini.

Terdahulu, beliau meninjau perlaksanaan PKP dan Operasi Mencegah COVID-19 di beberapa tempat di negeri ini antaranya di Plaza Tol Ayer Keroh, Sungai Putat, Bangunan Stadthuys dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang turut disertai Ketua Polis Melaka DCP Datuk Mat Kasim Karim.

Baru-baru ini tular video di media sosial yang mendakwa seorang pegawai polis di Kunak, Sabah bertindak merotan lima remaja kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi terutama golongan netizen yang memuji pihak berkuasa yang tegas memastikan masyarakat mematuhi PKP.

— BERNAMA

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments