Saturday, June 22, 2024
HomeBERITA380 direman, 362 dituduh di mahkamah sepanjang tempoh PKP

380 direman, 362 dituduh di mahkamah sepanjang tempoh PKP

Kira-kira 731 operasi sekatan jalan raya dijalankan dan 426,764 buah kenderaan telah diperiksa.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 413 individu dan 524 tangkapan pada hari sebelumnya di sekatan jalan raya serta rondaan PDRM kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada jumlah itu, seramai 380 direman dan 33 dijamin, manakala 362 individu lagi dituduh di mahkamah.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, pematuhan rakyat terhadap arahan PKP semakin meningkat dan telah mencatat penurunan kira-kira sebanyak 21 peratus dari kelmarin.

“Yang ingin saya jelaskan seperti semalam iaitu terdapat penurunan dari segi jumlah tangkapan.

“Saya harap trend ini berterusan dan seperti yang saya sebutkan tadi bahawa pematuhan semakin meningkat,” kata Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media hari ini.

PKP : PENANGKAPAN BAGI YANG INGKAR BERKURANGTerdapat penurunan dari segi jumlah tangkapan bagi yang ingkar PKP. Ini…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu, 04 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments