Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPKP fasa kedua, tiada lagi nasihat!

PKP fasa kedua, tiada lagi nasihat!

Hari ke-18 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun masih ramai yang berdegil dan melanggar arahan PKP serta keluar rumah tanpa mempunyai alasan yang munasabah.

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada lagi pendekatan berlembut atau kata-kata nasihat kepada individu yang masih ingkar dengan arahan PKP untuk fasa kedua.

“Jika pihak kerajaan mengambil pendekatan berlembut, usaha dilakukan untuk menghapuskan virus COVID-19 selama ini yang sehingga semalam telah meragut 53 nyawa rakyat di Malaysia tidak ubah seperti menjirus air di daun keladi,” ujar beliau.

Sepanjang PKP dilaksanakan sehingga 3 April, kira-kira seramai 4,189 individu ditahan dan 1,449 daripada mereka telah dituduh di mahkamah.

Daripada jumlah itu termasuklah individu yang ditahan dari segi sekatan jalan raya serta kesalahan menganggu dan menghalang pihak berkuasa melaksanakan tugas.

Pendekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil tindakan tegas terhadap individu yang berdegil telah cukup melambangkan komitmen tinggi kerajaan dalam menangani krisis COVID-19.

PKP FASA 2 TIADA LAGI NASIHATWalaupun telah masuk hari ke 17 PKP masih terdapat individu yang ingkar dan melanggar…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 02 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments