Friday, October 18, 2024
HomeBERITALapan langkah atasi “burnout”

Lapan langkah atasi “burnout”

Burnout adalah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan.

Burnout boleh terjadi dalam banyak faktor tetapi kebanyakkan kes ramai mengalami situasi ini akibat bebanan kerja yang terlalu banyak.

Sentiasa memikirkan kekurangan diri, terbawa-bawa perasaan sedih, tidak cukup tidur serta mengalami tekanan atau stress juga merupakan faktor utama.

Jika ia berterusan dalam jangka masa yang panjang seseorang itu cenderung mula hilang minat dan motivasi dan seterusnya menyebabkan produktiviti diri berkurangan.

Rasa keletihan sepanjang masa, kerap sakit kepala, sakit badan, sakit otot, mudah merasa marah dan sensitif serta mudah menangis adalah merupakan tanda jelas anda mengalami fasa burnout.

Jangan biarkan situasi berkenaan mempengaruhi hidup anda! Amalkan lapan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini:

1) Ambil masa untuk rehat seketika

2) Makan makanan berkhasiat

3) Berikan kata-kata positif kepada diri sendiri

4) Lakukan teknik relaksasi seperti latihan pernafasan secara teratur

5) Uruskan emosi dengan positif

6) Berpuas hati dengan apa yang telah dicapai dalam tugasan

7) Bercakap dengan seseorang yang dipercayai

8) Minta bantuan profesional seperti kaunselor

Barisan hadapan ramai yang hampir Burnout bekerja semasa COVID-19 ini.ikut langkah yang diberikan untuk hadapi burnout semasa bertugas. #coronavirus#COVID19#sihatmilikku#walkthetalk

Dikirim oleh Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth pada Rabu, 01 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments