Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAPeruntukan RM70 juta pertingkat kapabiliti industri pembinaan

Peruntukan RM70 juta pertingkat kapabiliti industri pembinaan

Kementerian Kerja Raya menambah peruntukan sebanyak RM70 juta bagi melaksanakan beberapa program strategik bertujuan mempertingkatkan kapabiliti dan kapasiti penggiat industri pembinaan.

Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata usaha ini bagi menyokong dasar semasa negara dalam meningkatkan penggunaan teknologi, pengurangan pekerja asing serta menyediakan pekerjaan bagi pekerja tempatan.

Menerusi program-program yang disediakan seperti latihan Skiling, Reskiling, Upskiling dan akreditasi kemahiran dijangka akan memberi manfaat kepada 17,700 personel binaan tempatan dan golongan belia tempatan.

“Seramai 7,800 belia akan diberi peluang untuk dilatih serta memperolehi pengalaman bekerja di dalam syarikat pembinaan.

“Disamping itu, 3,700 personel binaan dan belia tempatan juga akan dilatih dalam bidang penyeliaan dan pengurusan projek, manakala 400 individu lagi akan dilatih di dalam bidang keselamatan tapak binaan.

“CIDB turut mengadakan beberapa inisiatif untuk mempertingkatkan penggunaan teknologi dikalangan kontraktor,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, perancangan ini dilaksanakan untuk melahirkan pengeluar komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta memudahcara kontraktor tempatan untuk beralih dari sistem konvensional kepada IBS.

“Selain itu bagi meningkatkan penggunaan Building Information Modeling (BIM), pihaknya turut menyediakan subsidi pembelian perisian BIM yang boleh digunapakai oleh penggiat industri.

“Aplikasi ‘Contractor4U’ yang dibangunkan juga bertujuan bagi memudahkan pengguna dan pemilik rumah untuk membuat carian serta mendapatkan perkhidmatan kontraktor-kontraktor kecil CIDB,” katanya.

Pendaftaran untuk aplikasi berkenaan dibuka untuk semua kontraktor termasuklah dari golongan kontraktor G1 dan G3.

Peruntukan RM70 juta pertingkat industri pembinaanKenyataan penuh:

Posted by Fadillah Yusof on Saturday, 11 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments