Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAPerkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa mula beroperasi

Perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa mula beroperasi

Perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa Pos Malaysia dibuka semula ke negara-negara destinasi terpilih.

Memetik kenyataan media, pihak Pos Malaysia memaklumkan penyambungan semula perkhidmatan terbabit berikutan pemulihan hubungan udara dan laut serta pembukaan semula perkhidmatan pos di negara-negara luar.

Para pelanggan boleh menyemak senarai negara destinasi terpilih bagi perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa termasuk EMS di laman sesawang rasmi Pos Malaysia.

“Berikutan negara mengalami pandemik COVID-19 yang mencabar ketika ini, tempoh jangkaan penghantaran setiap destinasi negara adalah berbeza.

“Para pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan dengan petugas kaunter sebelum membuat penghantaran ke destinasi antarabangsa.

“Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada kami melalui AskPos,” ujar kenyataan terbabit.

[PENGUMUMAN]PENYAMBUNGAN SEMULA PERKHIDMATAN MEL DAN BUNGKUSAN ANTARABANGSA KE NEGARA DESTINASI…

Posted by Pos Malaysia Berhad on Friday, 10 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments