Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPertemuan teraju utama sinetron Bawang Putih Bawang Merah, Revalina S.Temat dan Nia...

Pertemuan teraju utama sinetron Bawang Putih Bawang Merah, Revalina S.Temat dan Nia Ramadhani ubati kerinduan peminat

Peminat sinetron dari negara seberang pasti akui kehebatan sambutan sinetron Bawang Putih Bawang Merah suatu ketika dahulu.

Sinetron yang diadaptasi dari hikayat dongeng Indo-Melayu bersiaran selama 108 episod, membariskan pelakon Revalina S.Temat dan Nia Ramadhani selaku teraju utama.

Setelah 15 tahun berlalu, perkongsian Revalina S. Temat di laman Instagramnya, mengubati kerinduan para peminat sinetron Bawang Merah Bawang Putih apabila pelakon berkenaan berkongsi gambar dan status bersama Nia Ramadhani.

Revalina berkongsi gambar bersama Nia Ramadhani yang turut sama-sama menjalani penggambaran sebuah program ‘Ngopi Dara’.

“Tadi syt Ngopi Dara sama @ramadhaniabakrie n @inijedar . Nostalgia jaman dulu syt Bawang Merah Bawang Putih sama nia. Haha jangan lupa nonton yaa????” tulis Revalina.

Ternyata keserasian dan aura kedua-dua pelakon ini masih kuat meskipun sudah lama tidak beraksi di kaca televisyen.

Gandingan mereka di dalam program ‘Ngopi Dara’ boleh diibaratkan seperti pertemuan semula setelah lama terpisah kerana komitmen terhadap kehidupan peribadi masing-masing.

Di ruangan komen pula para peminat kedua-dua pelakon cantik ini meluahkan rasa gembira dan ada yang mengatakan masih menonton sinetron berkenaan sehingga kini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments