Monday, May 13, 2024
HomeBERITAGadis berbangsa Cina selesa dan berasa tenang berhijab, mahu kekal memakai tudung...

Gadis berbangsa Cina selesa dan berasa tenang berhijab, mahu kekal memakai tudung setiap hari

Gaya berhijab atau menutup kepala bukan hanya digayakan oleh umat Islam, malah ada segelintir bangsa yang beragama lain turut selesa menggayakan hijab.

Tak percaya???

Seorang gadis berbangsa Cina, Jiaqingg mengenakan hijab sebagai melengkapkan pemakaian sehariannya.

“I’m chinese but i like to berhijab????” – @jiaqingg28512216

https://twitter.com/jiaqing28512216/status/1185804855140466689?s=17

Menurut Jiaqingg, dia selesa berhijab walaupun bukan penganut Agama Islam.

Menurutnya, dia mulai tertarik untuk berhijab apabila melihat rakan-rakan Melayu bertudung.

“Maybe sebab i dah berkawan dgn org malay lama kot , bila i tengok kawan ii i bertudung nampak ayu jaa semua” – @jiaqingg28512216

Tambahnya lagi, pertama kali dia berhijab adalah pada tahun 2018 dan bermula dengan memakai tudung sekolah.

Bermula dari itu, dia merasa tenang apabila menutup aurat.

“I tertarik dgn malay sebab bila tutup aurat i rasa tenang jaa????” – @jiaqingg28512216

Rata-rata netizen memberi respon yang baik apabila Jiaqingg memuat naik satu perkongsian hasratnya untuk mengekalkan pemakaian hijab pada setiap hari.

“One day i hope i can berhijab everyday????” – @jiaqingg28512216

Malahan netizen seakan tidak percaya gadis berhijab memiliki raut wajah seperti gadis Melayu.

Perkongsiannya beberapa foto berhijab di media sosial bukan sahaja mendapat pujian ramai malah warganet turut mendoakan semoga gadis berbangsa Cina berkenaan mendapat hidayah Allah.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments