Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAPersediaan jentera UMNO berjalan lancar, Tok Mat Hassan akan turun ke DUN...

Persediaan jentera UMNO berjalan lancar, Tok Mat Hassan akan turun ke DUN secara mikro

Susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata jentera parti sudah bersedia bagi menghadapi PRN Melaka yang dijadual bakal diadakan pada 20 November ini.

Datuk Seri Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata beliau juga sudah meneliti beberapa aspek dan dijangka akan turun ke kawasan mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) secara mikro dan akan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta lokaliti.

“Negeri pertama yang saya turun selepas dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya oleh Presiden, mereka semua sudah bersiap sedia walaupun sebelum PRN ini.

“Persiapan yang dibuat oleh UMNO Melaka berjalan dengan lancar tetapi banyak lagi yang boleh diperbaiki.

“Kami akan turun selepas ini untuk pergi ke setiap DUN agar persiapan menghadapi PRN ini benar-benar tersusun rapi kerana ianya bukan satu perkara yang mudah dan bukan seperti pilihan raya kecil yang fokus kepada satu DUN atau Parlimen,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertingkatkan strategi bagi menghadapi PRN ini untuk memastikan Melaka terus kekal di bawah pentadbiran BN.

“Susun baik-baik jentera kita agar semua faham apa yang perlu dilakukan dan tugas masing-masing mesti diberitahu oleh setiap petugas-petugas.

“Ada juga diputuskan untuk negeri luar Melaka untuk datang untuk membantu seboleh yang mungkin untuk pastikan supaya UMNO/BN dapat menubuhkan semula kerajaan negeri selepas PRN ini,” kata beliau.–THE MALAYA POST.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments