Seramai 162 mangsa banjir daripada 39 keluarga sudah dipindahkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuala Muda sehingga awal pagi hari ini.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad, mangsa banjir tersebut dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.3 meter hingga satu meter dalam kejadian banjir semalam.
“PPS terbabit dibuka bermula pada pukul 8.16 malam selepas jumlah mangsa meningkat di Mukim Sungai Petani dan Mukim Sidam Kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, tiga PPS itu ialah PPS Dewan Kampung Bukit Belah, Batu 2 yang menempatkan 16 mangsa daripada tujuh keluarga yang dibuka pada pukul 11.23 malam.
Katanya, PPS Masjid Al-Huda, Kampung Jerung yang melibatkan 131 mangsa daripa 25 keluarga dibuka pada pukul 12 tengah malam dan PPS Surau Taman Kenari pula menempatkan 13 mangsa daripada tujuh keluarga dibuka pada pukul 1.30 pagi.
“Operasi memindahkan mangsa banjir itu menggunakan sebuah lori dan dua buah bot APM,” ujarnya.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply