Persatuan Jom Cuci Masjid, JCM mulakan aktiviti amal, kemasyarakatan sempena Tahun Baharu

0

Program amal dan kemasyarakatan, Jom Cuci Masjid atau JCM, memilih Masjid At -Taufiqiah, Kampung Chuar Hulu, Mukim Chegar Galah, Kuala Kangsar, Perak sebagai pembuka tirai aktiviti pertamanya sempena 2024.

Sekaligus masjid ini adalah yang ke-47 dipilih, sepanjang 10 tahun penubuhannya.

Kali ini, peserta “Jom Cuci Masjid” berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong, Kati, Kuala Kangsar, Perak untuk upacara “Flag Off” peserta dan Bikers kira-kira jam 8.30 pagi.

Program kali ini, terus menerima sambutan baik apabila disertai kira-kira 200 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara terutama dari Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh Perak.

 

Menurut Penghulu Mukim Chegar Galah, Mohammad Alias Zainal Akhir, program ini terbaik kerana dapat merapatkan sirraturrahim di antara peserta dan kariah serta agensi-agensi yang terbabit.

“Sambutan yang amat menggalakkan kerana teruja kerana ini kali pertama JCM datang ke sini”.

Kira-kira jam 9 pagi, semua peserta tiba di lokasi ditetapkan iaitu di Masjid At-Taufiqiah, Kg Chuar Hulu, Kuala Kangsar, Perak.

Peserta dijamu dengan sarapan pagi, iaitu menu istimewa disini, “Pisang Muda Chuar”.

Program kali ini lebih meriah apabila disertai pelatih perubatan dan pelatih jururawat seramai 148 orang dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah.

“Walaupun saya bukan Islam, saya teruja melihat budaya yang sangat baik diterapkan di kalangan umat Islam,” kata Ekasafina A/P Mohd Amin dari suku kaum Jakun.

Malah, turut diadakan pameran agensi, dari Jabatan Penjara.

Tidak ketinggalan, pelajar Kolej Vokasional Klang seramai 40.

Mereka mengambil inisiatif memeriksa dan mengganti suis dan peralatan letrik masjid yang rosak.

Menurut Presiden Team Rider ADV Malaysia, Izzat Rasul, Mereka akan memberikan komitmen seratus peratus setiap kali penganjuran JCM.

Selebihnya membantu membersih kubur dan mengutip sampah di air terjun lata perahu bersama peserta lain.

Aktiviti awal, mereka mengadakan pertandingan tarik tali di antara pihak bikers dan paserta-peserta lain.

Dan sebelum memulakan aktiviti, peserta melakukan Solat Dhuha berjemaah.

Seterusnya, pembahagian tugas untuk kerja mengecat dan mencuci masjid oleh para peserta dan penduduk kampung terutama daripada kariah berkenaan.

Peserta juga turut membersihkan Tanah Perkuburan Islam, Kg Chuar Hulu termasuk memotong rumput dan menebas.

Selesai tugasan masing-masing, peserta berkumpul semula di Masjid At-Taufiqiah, sebelum menuju ke Air Terjun Lata Perahu, berdekatan masjid berkenaan untuk sesi program ceramah dinamakan “Bicara Santai”.

Program ini, dikendalikan penceramah, Ustaz Hanafiah Abdul Malek yang juga Presiden Sifu Bikerz.

Selesai program soal jawab ini, peserta serta Bikers bergerak semula ke Masjid At-Taufiqiah untuk solat zohor.

Selepas itu, semua yang terbabit dijamu dengan hidangan makan tengahari, “Sambei Santan Nyerongin” yang dimasak sendiri oleh penduduk kampung ini.

Dan sebelum program berakhir, JCM turut menyerahkan sumbangan beras kepada komuniti asnaf kariah Masjid At-Taufiqiah

Program berakhir kira-kira jam 3 petang.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply