Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAPerokok berisiko mendapat sakit kanser mulut

Perokok berisiko mendapat sakit kanser mulut

Tahukah anda, penyakit kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

Kanser mulut sering terjadi di bahagian lidah, lantai mulut, lapisan dalam pipi, gusi, lelangit dan bibir di bahagian bawah.

Antara faktor- faktor risiko yang menyebabkan berlakunya sakit kanser mulut ialah merokok, mengunyah tembakau, mengunyah pinang dengan atau tanpa tembakau, minum alkohol yang berlebihan dan terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan.

Kenali tanda-tanda awal kanser mulut seperti:
1) Ulser yang tidak sembuh melebihi 2 minggu
2) Tompok putih (leukoplakia)
3) Tompok merah (erythroplakia)
4) Nafas berbau (halitosis)
5) Bengkak dalam mulut
6) Sukar mengunyah, menelan, bercakap, gerakkan rahang atau lidah
7) Rasa kebas di dalam mulut
8) Sakit tekak yang kronik atau suara serak lebih 6 minggu terutama kepada perokok dan pengguna alkohol berusia lebih 50 tahun
9) Bengkak pada rahang
10) Bengkak pada leher lebih 3 minggu
11) Sakit telinga berterusan
12) Gerakkan gigi tak normal dan berterusan lebih 3 minggu
13) Hilang berat badan tanpa sebab.

Sekiranya anda dapat mengesan awal tanda-tanda penyakit ini, ianya dapat merawat dan mencegah daripada merebak dengan lebih teruk. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments