Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAHaiwan eksotik mungkin punca virus China

Haiwan eksotik mungkin punca virus China

Menurut laporan media China, berhubung kes virus yang sedang menular sekarang, tempat pertama yang dikesan dengan virus koronavirus di Wuhan adalah pasar.

Berkemungkinan virus tersebut datang dari haiwan eksotik seperti musang, anak serigala dan lain lain yang berada di pasar dimana pasar seumpama pusat lambakan haiwan tersebut.

Kematian sembilan mangsa berhubung virus ini mungkin berpunca daripada haiwan liar yang dijual di Huanan Seafood Market yang terletak di tengah bandar Wuhan sekaligus mendapat perhatian dari pegawai kerajaan China.

Pelbagai jenis haiwan eksotik yang dijual dipasar berkenaan antaranya serigala yang masih hidup, anak serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak serta unta dengan jumlah keseluruhan 112 jenis.

Jika penyeludupan haiwan liar masih lagi berleluasa, tidak mustahil pihak berkuasa China mungkin berdepan satu lagi episod memalukan sekiranya pengambilan daging musang masih berlaku seperti yang pernah dikaitkan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sebelum ini. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments