Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAPernah dibayar RM800 untuk enam bulan penggambaran, pelakon Shakilla Khoriri imbas detik...

Pernah dibayar RM800 untuk enam bulan penggambaran, pelakon Shakilla Khoriri imbas detik susah diawal pembabitan dalam seni lakonan

Mengimbas kembali kenangan pahit manis yang dilalui 11 tahun lalu, pelakon Shakilla Khoriri berkongsi dengan para pengikut di Instagram tentang pengalamannya sewaktu awal menceburi industri hiburan.

Ujarnya, dia pernah berhenti kerja di sebuah butik dengan gaji yang agak lumayan semata-mata untuk terjun ke dunia lakonan.

Oleh kerana minat begitu mendalam dengan dunia seni lakonan dia pernah mengorbankan wang simpanannya semata-mata untuk berulang alik menghadiri sesi uji bakat.

Bercerita lanjut, dia turut pernah melakukan kerja sampingan mengambil upah mengupas jagung di pasar malam.

Bayaran yang diterima sebanyak RM15-RM20 sehari itu hanyalah digunakan untuk mengisi minyak kereta ke tempat uji bakat.

Lebih menyedihkan ibunya juga turut membantu dalam merealisasikan cita-citanya itu.

Atas usaha gigihnya, akhirnya dia diterima berlakon dalam sebuah drama 26 episod.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh enam bulan penggambaran drama, dia hanya menerima bayaran RM800 sahaja.

Pengalaman yang dilalui sebelum ini untuk mengejar impian bergelar seorang pelakon tidak begitu mudah baginya tetapi dia tidak pernah berputus asa dan menganggap itu adalah langkah pertama atas kejayaan yang diperolehinya sekarang.

Pahit manis yang dilalui itu membuatkan dia tidak pernah lupa akan asal usul permulaannya dalam industri hiburan tanah air.

View this post on Instagram

#­čĺőÔÇó . JANGAN MALU PERNAH SUSAH . . Hari ni Cik Ameena tak berapa sihat.So aku syak dia akan extra mengada dan akan tidur banyak. So curi masa nak buat stock makanan Cik Ameena. . Bila orang tengok video ni mesti ada yang puji kata hebatnya kopek jagung. Dan mungkin aku pun akan rasa bangga sambil cakap Thanks ­čÖé . . Sebak pulak dada bila tiba2 aku TERflash back kisah macam mana konon hebatnya aku kopek jagung. Dulu masa awal aku nak join bidang lakonan ni aku habis duit simpanan aku sebab kerap pergi casting. Aku decided untuk berhenti kerja dekat satu butik yang pada masa itu gaji best untuk aku budak muda yang takde comittment lagi kecuali kereta kenari aku tu. Aku stop sebab aku shooting drama 26 epd dan bayaran aku cuma RM800 selama 6 bulan shooting. GILA kan! Tapi aku syukur sebab itu langkah pertama aku. Lepas habis tu aku JOBLESS hampir setahun. yess aku kena sedar yang persaing dan pemilihan pelakon bukan main celup. Aku dengan bakat tak berapa ada, gemok pendek dengan tak pandai berhias , alaaahh tak sedih lah kalau orang tak pandang. Tapi tak putus asa. Hebat jiwa muda aku. . Aku kehabisan duit. Buntu mana nak cari duit semata2 nak isi minyak untuk pi casting yang tak pernah dapat. Tapi entah kenapa aku tetap pergi. ­čśů . Jiran sebelah rumah aku masa tu meniaga jagung kat pasar malam. So selain jagung batang pasti ada jagung cup yang korang pun suka tu kan. Rupanya kena kopek manual macam dalam video ni. Berguni2 dari pagi sampai ke malam sampai sakit pinggang.Lepas settle kopek kena kemas balik semua semata2 untul Dapat RM15-20 lepas isi minyak.Lagi sedih Emak aku pun sama2 buat. Allah sebak nya aku rasa sekarang. . Sebab tu aku sensitif bila terdengar orang susah atau aku hargai apa yang aku dapat sekarang.Penerimaan aku dalam industry hiburan. Aku hargai kawan2 kerja aku dari producer, artis sampai lah yang buat air tu. Sebab aku tahu SUSAH untuk aku dapat semua ni walaupun dulu aku cakap nak berlakon pakat kena gelaj dengan kawan dan sedara. . Sebab aku pernah susah dan pengalaman tu, Hari ni aku beli jagung mahal dan aku kopek sendiri untuk buat makanan anak aku. Sambil kopek sambil sedih. 11 tahun dah berlalu. . TERIMA KASIH ALLAH ­čśş­čÖĆ­čĆ╗

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments