Thursday, July 18, 2024
HomeBERITA'Perjumpaan biasa, tak ada bincang usul' - Tok Mat

‘Perjumpaan biasa, tak ada bincang usul’ – Tok Mat

IPOH, 23 Ogos – Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan ada usul yang dikatakan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar yang diadakan petang semalam.

Katanya kehadiran pemimpin UMNO di ibu pejabat parti berkenaan hanya perjumpaan biasa.

“Tiada (bincang usul), hanya perjumpaan biasa… Umno ini kita tidak boleh berjumpa, kalau berjumpa orang spekulasi macam-macam.

“Tidak boleh pula kami duduk bersama-sama, orang cemuh hati dengan kita, kenapa? Parti lain berkumpul juga hari-hari tiada pun tanya, bila Umno berkumpul adalah yang kata itu dan ini,” katanya pada sidang media selepas hadir menyempurnakan Majlis Prapelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Perak malam tadi.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya wartawan berkenaan dikatakan terdapatnya usul yang ditolak dalam mesyuarat tergempar yang diadakan pada sebelah pagi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments