Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAKes SRC bersambung semula pagi ini, panel lima hakim dijangka umum keputusan

Kes SRC bersambung semula pagi ini, panel lima hakim dijangka umum keputusan

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Prosiding rayuan terakhir membabitkan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman berkaitan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan bersambung semula pagi ini.

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dijangka memutuskan keputusan rayuan akhir pagi ini.

Ia susulan keengganan peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik, membuat sebarang hujahan bagi membela anak guamnya.

Dalam pada itu, difahamkan penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri sudah berhimpun diperkarangan Mahkamah Persekutuan sejak jam 8.30 pagi ini.

Anggota keselamatan mencakupi polis KL dan Bukit Aman ditugaskan menjaga keselamatan sepanjang prosiding ini berlangsung sejak minggu lalu.

Jumaat lalu peguam utama Dato’ Seri Mohd Najib itu memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa beliau tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.

Ahli Parlimen Pekan itu mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 10 hari, untuk mendengar rayuan terakhir Dato’ Seri Mohd Najib.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments