Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPerjanjian tamat, Malaysia-Singapura batal HSR

Perjanjian tamat, Malaysia-Singapura batal HSR

Perjanjian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapura telah mencapai tempoh akhir iaitu pada 31 Disember 2020 dan terbatal secara sendiri.

Dalam satu kenyataan media bersama, kedua-dua negara berkata wabak pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap ekonomi negara dan kedua-dua pihak telah melakukan perbincangan mengenai cadangan beberapa perubahan terhadap Projek HSR, namun masih belum mencapai kesepakatan.

Dalam pada itu, Malaysia-Singapura akan mematuhi kewajiban masing-masing sekaligus melakukan tindakan yang sewajarnya kesan dari penamatan perjanjian ke atas projek HSR.

Kedua-dua negara juga tetap komited untuk menjaga hubungan dua hala yang baik dan bekerjasama erat dalam pelbagai bidang termasuk memperkuat hubungan antara kedua-dua negara.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments