Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,068 kes baharu positif COVID-19 pada awal tahun baru 2021 membabitkan 2,066 kes tempatan dan dua kes import.
Dengan catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 115,078 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 2,230 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 91,171 kes (79.2%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 23,433 orang (20.4%) manakala 126 pesakit berada di ICU dan 54 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dilaporkan tiga kematian direkodkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 474 kes (0.4%).
Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply