Thursday, May 16, 2024
HomeBERITAPerjalanan merentas negeri pulang ke kampung cuti Aidilfitri tidak dibenarkan - Perdana...

Perjalanan merentas negeri pulang ke kampung cuti Aidilfitri tidak dibenarkan – Perdana Menteri

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bermula 4 Mei ini hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP yang ditetapkan.

Namun terdapat beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan beroperasi termasuklah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan.

“Antara aktiviti yang dilarang adalah seperti panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadhan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran.

“Selain itu, aktiviti sukan indoor seperti bola sepak, ragbi, renang serta semua aktiviti sukan acara dalam dewan atau stadium juga tidak dibenarkan,” ujar beliau.

Beliau juga berkata, aktiviti yang melibatkan sukan outdoor seperti bermain badminton, tennis, jogging, berbasikal, golf atau larian dalam kumpulan yang kecil adalah dibolehkan dengan syarat mengamalkan penjarakkan sosial dan tiada sentuhan badan.

Berbicara lanjut, beliau menyatakan sebarang majlis sosial seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa, konsert, persembahan kebudayaan serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan tidak dibenarkan.

“Perkara ini juga termasuk dengan aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti di masjid, surau serta rumah-rumah ibadah.

“Bahkan perjalanan merentas negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan bekerja dan pulang ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

“Namun perjalanan merentas negeri untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri di larang sama sekali,” jelas beliau.

Teks Perutusan Khas YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin. #DudukRumah #stayathome

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Kamis, 30 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments