Friday, October 4, 2024
HomeBERITATERKINIPeringatan kepada pemimpin-pemimpin politik, buat kerja!

Peringatan kepada pemimpin-pemimpin politik, buat kerja!

Oleh : Tun Abdul Hamid Mohamad

Kerajaan PH baru sahaja ditumbangkan. Kerajaan PN yang baharu, masih belum stabil, jika ada undi tidak percaya, belum tentu ia akan kekal atau tidak. Kabinet PN baharu sahaja diisytiharkan. Ahli-ahlinya belum pun sempat membuat apa-apa kerja untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan PH dalam tempoh 22 bulan itu, Keadaan negara begitu teruk dengan masalah ekonomi, Covid-19, harga barang yang naik melambung, minyak sawit tidak laku, harga petroleum dan nilai saham jatuh merudum dan berbagai-bagai lagi.

Pemimpin-pemimpin itu sudah pun membangkitkan rasa tidak puas hati mengenai pembahagian jawatan dalam kabinet PN di antara parti-parti komponen PN. Masing masing mahu lebih untuk partinya. Berapa banyak jawatan Menteri hendak diwujudkan untuk diberi kepada setiap parti dan setiap orang supaya mereka berpuas hati?

Nampaknya, pemimpin-pemimpin itu tidak berubah, tidak mengambil iktibar daripada kekalahan dalam PRU 14 (terutama sekalu pemimpin-pemimpin UMNO), lebih mementingkan parti dan diri daripada kepentingan negara, bangsa dan agama.

Tidakkah mereka sedar bahawa musuh-musuh politik mereka dalam PH dan blog-blog internet yang menyokong PH menunggu peluang sahaja untuk melaga-lagakan mereka dan menjatuhkan kerajaan PN yang ibarat telur di hujung itu?

Fikirlah sedikit tolonglah diam dan belajarlah daripada pegawai-pegawai di kementerian masing-masing mengenai bidangkuasa dan tugas masing-masing. Anda tidak terus tahu segala-galanya mengenai tugas anda apabila dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri.

Janganlah hendak tunjuk pandai dalam perkara yang anda tidak tahu, nanti yang akan nampak adalah kebodohan anda. Tolonglah jangan bangkitkan lagi isu pembahagian jawatan menteri dan timbalan menteri. Jika tidak puas hati, letak jawatan.

Jika tidak, buat kerja. Jika tak tahu, diam. Pegawai-pegawai di kementerian anda tahu melakukannya. Rakyat sedang anda. Jangan bagi mereka meluat dengan anda. Anda memerlukan undi mereka.

Tun Abdul Hamid Mohamad 13 03 2020
tunabdulhamid@gmail.com http://www.tunabdulhamid.my https://tunabdulhamid.m

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments