Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAKeluhan warga Malaysia menetap di Itali mendapat perhatian Menteri Luar Negeri

Keluhan warga Malaysia menetap di Itali mendapat perhatian Menteri Luar Negeri

Berhubung penularan wabak COVID-19 yang kian meruncing, pemilik laman Facebook Norul Ridzuan Zakaria Din meninggalkan komen yang mendapat perhatian Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut Norul, dia dan keluarga menetap di Torino, ibu negeri Piemonte Utara Itali yang mana angka kematian di Itali telah mencecah sehingga 1000 orang manakala jumlah jangkitan seramai 15,000 orang.

Tambahnya semua negeri lain di Utara Itali telah disahkan darurat kecuali Piemonte.

Di Torino terdapat airport awam dan tentera yg boleh terima kapal terbang bersaiz besar seperti A380, A340, A400M, B747, B777, malah Norul turut meminta agar kerajaan Malaysia dapat menghantar pesawat dengan kadar segera supaya rakyat Malaysia dari Itali dapat dikeluarkan lebih-lebih lagi kerajaan Australia dan Georgia sudah pun mengeluarkan rakyat mereka.

Keluh kesah Norul mendapat perhatian Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan menyatakan, beliau memahami kebimbangan rakyat berhubung COVID-19, apatah lagi selepas membaca tentang situasi terkini di Itali yang tular di Media Sosial.

Beliau turut menyedari rakyat tertanya-tanya apakah tindakan kerajaan khususnya dalam usaha membantu rakyat di sana dan memberi jaminan bahawa Wisma Putra telah dan akan terus berhubung rapat dengan Kerajaan Itali termasuk meneliti perihal logistik serta berkongsi kaedah yang mereka gunakan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari China sebelum ini.

Beliau juga telah mengarahkan Timbalan beliau, Dato’ Kamaruddin Jaffar untuk mengetuai “Taskforce” bagi mengenalpasti langkah lebih serius dalam usaha membantu rakyat sepanjang krisis ini berlaku.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein turut berharap agar rakyat juga kekal tenang dan tidak beremosi, malahan kepada rakyat di luar negara perlu berdaftar dengan pihak perwakilan Malaysia di negara masing-masing bagi memudahkan bantuan konsular sekiranya diperlukan.–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments