Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITAPerdana Menteri terima kunjungan hormat Duta Besar Jepun dan Pesuruhjaya Tinggi Australia

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Duta Besar Jepun dan Pesuruhjaya Tinggi Australia

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun, TYT Hiroshi Oka dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, H.E Andrew Goledzinowski di Putrajaya.

 

TYT Hiroshi Oka menzahirkan sokongan kerajaan Jepun terhadap langkah-langkah yang diambil Malaysia dalam berdepan wabak COVID-19.

Pertemuan turut menyentuh mengenai isu-isu hubungan dua hala.

Penasihat Kedutaan politik dan ekonomi, Hideto Nakajima dan Itani Tetsuya turut hadir ke pertemuan terbabit.

Pada sebelah petang pula, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, H.E Andrew Goledzinowski memaklumkan Australia memantau secara dekat langkah-langkah diambil Malaysia bagi menangani COVID-19.

H.E Andrew Goledzinowski turut berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan Malaysia ketika negara berkenaan berdepan krisis kebakaran hutan baru-baru ini.

Turut serta ialah Kaunselor, Nicola Campion dan Setiausaha Kedua di pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Benjamin Palmer.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments