Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAChina sumbang 15,000 “surgical mask” buat petugas perubatan di Kedah

China sumbang 15,000 “surgical mask” buat petugas perubatan di Kedah

Kerajaan China telah menyumbang sebanyak 15,000 topeng muka pembedahan (surgical mask) kepada petugas perubatan di Kedah yang terlibat dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Usaha itu turut sama dituruti oleh salah satu pelabur terbesar dari China di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), XSD International Paper Sdn. Bhd. yang menyumbang sebanyak 100,000 penutup hidung dan mulut jenis pakai buang kepada kerajaan negeri Kedah.

Penyerahan sumbangan tersebut Rabu lalu disempurnakan Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, Lu Shiwei kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir.

Menurut Shiwei, pelbagai pihak di Malaysia sebelum ini memberikan sokongan amat bermakna kepada negara itu ketika mereka berdepan detik-detik sukar melawan COVID-19.

“Ketika ini Malaysia berdepan detik kritikal memerangi pandemik itu dan kami simpati dengan cabaran dihadapi.

“Oleh itu kami telah menjalin hubungan dengan beberapa pihak bagi mengkoordinasi bantuan untuk dibawa ke sini bagi menangani COVID-19,” katanya dalam sidang ahbar selepas penyempurnaan penyerahan sumbangan tersebut di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, penularan pandemik ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan.

Beliau turut memuji pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri sehingga membolehkan jumlah pesakit COVID-19 di Kedah kekal pada paras rendah berbanding negeri lain.

“Dalam hal ini, Konsul Jeneral China di Pulau Pinang berdiri teguh bersama rakyat Kedah dan akan terus menjalin kerjasama bersama kerajaan negeri dalam memerangi COVID-19.

“Kami percaya, di bawah kepimpinan Mukhriz selain kerjasama dari pelbagai pihak, Kedah akan memenangi ‘pertarungan’ akhir menentang pandemik ni,” ujarnya.

Sementara itu Dato’ Seri Mukhriz mewakili kerajaan negeri menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap sumbangan diberikan itu.

“Barangan ini akan kita serahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk kegunaan petugas barisan depan. Keprihatinan mereka dalam menangani penularan COVID-19 ini amat dihargai,” katanya.

Berkenaan status operasi bazar Ramadhan, beliau berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak bertanggungjawab dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan semua stake holders dan PBT.

“Kita akan umumkan kaedah yang paling sesuai untuk kita jalankan perniagaan di waktu bulan Ramadan nanti,” ujar beliau. –THE MALAYA POST

CHINA SUMBANG 15,000 'SURGICAL MASK' BUAT PETUGAS PERUBATAN DI KEDAHRABU (1.4.2020)ALOR SETAR – Kerajaan China hari…

Dikirim oleh Mukhriz Mahathir FC pada Rabu, 01 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments