Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAPerdana Menteri rai kunjungan Panglima Tentera Darat dan Timbalan Ketua Polis Negara

Perdana Menteri rai kunjungan Panglima Tentera Darat dan Timbalan Ketua Polis Negara

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain di pejabat beliau di bangunan Parlimen.

Melalui perkongsian beliau di laman media sosial, beliau menyatakan kunjungan terbabit adalah kunjungan rasmi pertama sejak pelantikan Jeneral Datuk Zamrose sebagai PTD ke-28 berkuat kuasa pada 11 Jun lalu menggantikan Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi yang bakal bersara wajib pada November depan.

“Saya yakin dengan pengalaman yang ada, Jeneral Datuk Zamrose selaku PTD berupaya memacu cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ke tahap lebih gemilang di persada negara dan antarabangsa.

“Semoga pelantikan ini akan membantu memperkukuhkan lagi kesiapsagaan pertahanan negara dalam mendepani isu keselamatan yang semakin kompleks,” ujar beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat persaraan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor yang dijadual menamatkan perkhidmatan pada 14 Ogos ini.

Untuk rekod, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1979 dengan pangkat inspektor dan telah melalui pelbagai pengalaman dalam kerjaya sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara ke-25 pada Mei 2019.

“Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang memimpin pasukan.

“Terima kasih dan selamat bersara Dato’ Pahlawan,” kongsi beliau.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments