Saturday, June 22, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Enam pulih, sembilan kes baharu

COVID-19 : Enam pulih, sembilan kes baharu

Sembilan kes positif COVID-19 melibatkan lima kes import dan empat kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,103 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah enam orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,809 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 169 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai dua orang dan sukacita dimaklumkan tiada individu direkodkan yang memerlukan bantuan alat pernafasan buat hari ini.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 125 kes.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/303537264408029/

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments