Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAPerdana Menteri bincang status terkini wabak COVID-19

Perdana Menteri bincang status terkini wabak COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perbincangan bersama Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen mengenai status terkini wabak novel coronavirus.

Terdapat tujuh (7) kes baru direkodkan pada 3 Mac 2020, menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 36.

Dua misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia bersama pasangan/anak dari Wuhan, China telah dilaksanakan. Misi pertama membabitkan 107 penumpang pesawat dibawa pulang pada 4 Februari 2020. Kesemua 107 kes didapati negatif.

Misi kedua membabitkan 68 warganegara Malaysia bersama pasangan/anak dibawa balik dari Wuhan pada 26 Mac 2020 dan mereka kini ditempatkan di AKEPT bagi menjalani saringan kesihatan sehingga 11 Mac.

Jawatankuasa Kerja Mengenai COVID19 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bermesyuarat secara berkala bagi meneliti status situasi terkini dan mengambil tindakan bagi mengekang penularan COVID-19

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments