Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITAAntara persepsi dan hakiki sistem keadilan negara - Haniff Khatri

Antara persepsi dan hakiki sistem keadilan negara – Haniff Khatri

Susulan penangguhan perbicaraan membabitkan Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi kelmarin, ramai yang tampil menyatakan pelbagai reaksi dan pendapat.

Malah rakyat secara khususnya mulai gusar sekiranya pentadbiran melalui gabungan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memandang enteng terhadap perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan pimpinan atasan parti politik.

Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengingatkan orang ramai jangan terlalu mudah berspekulasi dan menuduh sistem keadilan negara diperalatkan oleh pemimpin politik.

“Pada awal pagi kelmarin (2 Mac), iaitu hari kerja pertama setelah berlakunya “perubahan kerajaan” pada 01.03.2020, Rakyat telah disajikan dengan berita, seperti yang dilaporkan oleh MALAYSIAKINI bertajuk “Bicara ditangguh, Zahid diperlukan untuk bentuk kabinet”, di mana dinyatakan :

“Perbicaraan mahkamah membabitkan Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan hari ini bagi memberi ruang kepadanya berbincang dengan perdana menteri, Muhyiddin Yassin untuk urusan pembentukan kabinet baru.

“Permohonan itu dibuat oleh pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini,” katanya.

Menurut peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik, anak guamnya itu “diperlukan” untuk perbincangan bersama Perdana Menteri.

“Tertuduh akan (terlibat) dalam perbincangan dengan perdana menteri berhubung pembentukan kabinet hari ini. Jadi, kami meminta mahkamah membenarkan penangguhan untuk prosiding hari ini.

“Kehadirannya diperlukan […].

“Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan tersebut, dan kes akan bersambung esok hari,” ujarnya.

Haniff Khatri berkata pada tahap ini, semestinya ramai beranggapan dan menjangkakan perkara seperti ini berlaku.

“Kononnya pemimpin-pemimpin politik dari zaman Barisan Nasional di bawah Najib Razak iaitu termasuk Zahid Hamidi , yang menghadapi pelbagai pertuduhan jenayah di mahkamah semestinya mengambil peluang dan kesempatan daripada “perubahan kerajaan” yang baru berusia satu hari, untuk bermaharajalela dan mempermainkan sistem keadilan di mahkamah dan kononnya mahkamah kita sememangnya akan akur kepada kejahatan-kejahatan seperti ini dengan mudahnya, seolah-olah sistem keadilan negara adalah sentiasa di tangan pihak yang mempunyai kuasa politik.

“Namun, kita telah kemudiannya dikejutkan lagii melalui Laporan susulan Malaysia Kini bertajuk “Jabatan Perdana Menteri (JPM) nafi PM nak jumpa pemimpin parti, Zahid kata silap peguam ‘junior'”, apabila ianya dilaporkan :

“Beberapa jam selepas perbicaraan ditangguhkan kerana tertuduh – Dr Ahmad Zahid Hamidi – didakwa diperlukan untuk perbincangan mengenai kabinet, JPM tampil membuat kenyataan yang mengejutkan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu dalam kenyataan dikeluarkan itu JPM memaklumkan pada hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dijadualkan mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin politik.

“Pada hari ini perdana menteri dijadualkan bertemu dengan ketua setiausaha negara dan ketua-ketua jabatan/agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan.

“Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini,” kata kenyataan tersebut.”

“Pada persekitaraan waktu laporan Malaysia Kini yang kedua dan pada permukaan kedua-dua laporan media itu, terserlah bahawa alasan yang diberikan oleh Zahid Hamidi untuk menangguhkan perbicaraannya pada hari Isnin, adalah tidak betul dan dIsangkal oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri,” ulasnya.

Rentetan itu orang ramai tidak akan menduga apa yang telah kemudiannya dilaporkan dalam Laporan ketiga Malaysia Kini yang disiarkan petang hari yang sama, bertajuk “Jumpa PM: Zahid kata lewat tiba, Muhyiddin ke tempat lain”.

“Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini diminta hakim supaya memberi penjelasan mengenai pertemuannya yang didakwanya perlu dibuat dengan perdana menteri tetapi kemudian dinafikan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) tengah hari tadi.

“Ahmad Zahid diarah berbuat demikian selepas Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah memanggil semula bekas timbalan perdana menteri itu petang ini setelah membenarkan kes beliau ditangguhkan.

“Alasan yang diberikan ialah Ahmad Zahid perlu berbincang dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengenai pembentukan kabinet baru.

Beliau memberitahu bagi hal itu kepada Sequerah, Ahmad Zahid berkata, dia memang ada menerima surat daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang menjemputnya menghadiri pertemuan pada jam 12.30 tengah hari tadi.

“Bagaimanapun kata Ahmad Zahid beliau terlewat tiba iaitu kira-kira 15 minit kemudian dan Muhyiddin sudah bertolak ke tempat lain.

“Selalunya, dalam kerajaan baru, pemimpin parti politik perlu berbincang kedudukan anggota parlimen kami untuk dilantik dalam barisan kabinet,” katanya yang menjelaskan senarai itu tidak boleh didedahkan kerana merupakan hal sulit.

“Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran meminta Ahmad Zahid menjelaskan tarikh surat yang dimaksudkan dan tarikh ia dihantar, selain mempersoalkan sekiranya benar ada surat sedemikian, mengapa JMP mengeluarkan penafian hari ini.

“Ketika ditanya hakim apakah Ahmad Zahid boleh menyerahkan surat berkenaan, beliau berkata ia akan diserahkan kepada mahkamah esok,” ujar Haniff Khatri.

Terdahulu, Raja Rozela menggesa Zahid Hamidi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap tertuduh kerana didakwa “menipu, dan dengan sengaja memperdayakan mahkamah untuk mendapat cuti satu hari” daripada perbicaraannya.”

“Apa yang ingin saya tegaskan di sini adalah, ianya cukup mudah untuk orang ramai mempunyai persepsi negatif terhadap sistem keadilan negara apabila mana-mana penangguhan bicara diberi kepada para pemimpin politik (yang kini kononnya berada dalam kerajaan) yang menghadapi pertuduhan, namun pada masa yang sama apabila dalam tempoh tiga jam setelah laporan awam mendedahkan kemungkinan alasan penangguhan yang diberi itu tidak betul ataupun tidak wujud,dan fakta tentang tindakan positif dan pantas oleh mahkamah yang sama memanggil semula kesemua pihak yang terbabit, termasuk Zahid Hamidi untuk memberi penjelasan di atas percanggahan itu, besar kemungkinan, tidak dihargai dan juga tidak akan diingati oleh rakyat Malaysia pada masa yang akan datang.

“Mahkamah telah dengan serta merta, secepat kilat, memanggil semula kesemua pihak pada hari yang sama dan mendengar permohonan pihak Pendakwa Raya untuk mengambil tindakan penghinaan mahkamah terhadap Zahid Hamidi berkenaan perkara ini, di mana seperti yang dilaporkan, akan bersambung semula pada hari hari ini (3 Februari) bagi tujuan untuk memberi peluang kepada  Zahid Hamidi menampilkan  Surat Jemputan berkenaan untuk tatapan dan penelitian mahkamah sebelum permohonan penghinaan mahkamah itu diputuskan kelak.

“Janganlah kita terburu-buru untuk anggap mahupun tuduh bahawa mahkamah adalah alat mainan para pemimpin politik semata-mata dan kononnya mahkamah semestinya akur dengan pemegang kuasa politik, sedangkan, anggapan dan persepsi  seperti ini pada hakikatnya adalah satu bentuk penghinaan mahkamah yang tidak berasas, tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar orang ramai berlaku adil kepada mahkamah sebagai institusi keadilan dengan mengelakkan tohmahan atas persepsi negatif semata-mata, sekiranya kita sendiri mahukan dan inginkan mahkamh memberikan keadilan kepada kita.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments