Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAMB Inc. sumbang makanan, peralatan asas kepada 448 mangsa banjir

MB Inc. sumbang makanan, peralatan asas kepada 448 mangsa banjir

Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) tampil menghulurkan sumbangan kotak makanan serta peralatan yang diperlukan terhadap 448 keluarga yang terjejas akibat banjir khusus di kawasan Matang, Bagan Serai, Changkat Lobak dan Ijok.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Zulkefli Abdullah hari ini kepada mangsa-mangsa banjir.

Dilaporkan mangsa banjir di Perak hari ini terus meningkat kepada 257 keluarga terjejas membabitkan 736 orang.

Kesemua mangsa banjir dipindahkan segera ke pusat pemindahan sementara (PPS) antaranya di Larut Matang dan Selama (LMS), Kerian, Changkat Lobak dan Bagan Serai.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments