COVID-19 : Peningkatan kes baharu tertinggi dalam negara direkodkan hari ini

0

Kes baharu positif COVID-19 meningkat dengan rekod tertinggi iaitu sebanyak 1,884 hari ini membabitkan 1,882 kes tempatan dan dua kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara meningkat kepada 56,659 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 883 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 42,480 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 13,842 orang manakala 115 pesakit berada di ICU dan 48 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan dua kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 337 kes.

Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Peningkatan mangsa positif COVID-19 ini harus dipandang serius oleh semua pihak.

Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply