Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan prosedur baharu waktu operasi premis perniagaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua yang mula berkuatkuasa pada Rabu, 1 April.
Memetik kenyataan media, beliau turut memaklumkan ketetapan waktu operasi bagi semua premis perniagaan dan perkhidmatan adalah diselaraskan bermula jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
“Ketetapan ini berkuatkuasa pada 0001hrs Jumaat, 3 April 2020 sehingga 14 April 2020 atau sehingga perintah PKP ditarik balik” ujarnya.
Premis perniagaan dan perkhidmatan yang terlibat adalah ;
i. Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam
ii. Semua premis kedai makan dan rangkaian restoran makanan segera, termasuk khidmat pandu lalu (drive-through) masing-masing.
iii. Semua stesen minyak
iv. Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery)
Walau bagaimanapun, hospital swasta, klinik swasta dan farmasi adalah dikecualikan daripada arahan waktu operasi ini.
Selain itu, para peniaga dan pengendali pengangkutan awam serta rakyat juga diminta mematuhi ketetapan seperti berikut ;
i. Waktu operasi bagi Pasar Awam dari jam 6 pagi hingga 12 tengahari
ii. Waktu operasi bagi Pasar Borong dari jam 4 pagi hingga 10 pagi
iii. Waktu operasi bagi bengkel membaiki kenderaan/tayar dan kedai alat ganti dari jam 8 pagi hingga 4 petang
iv. Perkhidmatan tunda kenderaan boleh beroperasi seperti biasa.
v. Waktu operasi pengangkutan awam dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam
vi. Waktu operasi mesin ATM di cawangan-cawangan perbankan dari 8 pagi hingga 8 malam
vii. Kenderaan persendirian hanya dibenarkan di antara jam 6 pagi sehingga 10 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan teksi.
viii. Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.
ix. Pengangkutan komersial membabitkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7 malam sehingga 7 pagi.
x. Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian.
xi. Kelonggaran diberi kepada golongan Autism dan Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan.
xii. Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara dalam talian (online).
Had tempoh operasi 2 kali dalam tempoh seminggu telah ditetapkan bagi perniagaan-perniagaan berikut;
i. Penjualan kedai input pertanian (baja/racun)
ii. Kedai perkakasan (hardware)
iii. Penjualan makanan haiwan kesayangan (pet), makanan haiwan , ubatan dan keperluan berkaitan
iv. Kedai menjual alat tukar ganti jentera pertanian dan industri
Sehubungan itu semua agensi diminta melaksanakan penguatkuasaan sebagai salah satu usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
Tambah beliau, kerajaan negeri telah menubuhkan Pusat Panggilan Pengasingan (Isolation Care Centre-ICC) bagi membantu pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak memantau pergerakan/kesihatan Patient Under Investigation (PUI) di negeri Perak bermula di Daerah Kinta, sekaligus memutuskan penularan Covid-19 dalam komuniti dan diketuai oleh petugas dari PDRM Perak.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply