Saturday, July 13, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Lima kematian direkodkan dalam negara

COVID-19 : Lima kematian direkodkan dalam negara

Terdapat lima penambahan kes kematian baharu direkodkan hari ini.

Kes kematian ke-46 berumur 37 tahun, mempunyai penyakit kronik dan rendah imuniti meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Kes ke-47 disahkan meninggal jam 9.10 malam pada 29 Mac di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor.

Pesakit berusia 78 tahun ini mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout.

Pesakit ke-48 berumur 85 tahun dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor 29 Mac lalu dilaporkan meninggal jam 8.01 pagi tadi.

Laporan menunjukkan pesakit menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Seterusnya kes ke-49 dan ke-50 masing-masing berusia 61 dan 69.

Kematian ke-49 merupakan kontak rapat kepada kes ke-2107 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Manakala, pesakit ke-50 yang dirawat di Hospital Tuanku Ja’far, Negeri Sembilan disahkan meninggal jam 2.20 petang hari ini.

Kes Kematian Baharu #COVID19 di Malaysia setakat 5 Petang, 02 April 2020 adalah seramai 5 orang.Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 50 orang.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 02 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments