Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPerak lancar Program Transformasi Kerjaya, bantu rakyat hilang pekerjaaan

Perak lancar Program Transformasi Kerjaya, bantu rakyat hilang pekerjaaan

Perak lancar Program Transformasi Kerjaya bagi mereka yang terjejas dalam sektor pekerjaan di bawah pakej ransangan ekonomi.

Inisiatif ini adalah untuk membantu pekerja yang terkesan atau diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19.

Program ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Latihan Peralihan Tenaga Kerja (Pekerja yang telah diberhentikan), Skim Pengekalan Tenaga Kerja (Berisiko diberhentikan) dan Latihan Peningkatan Kemahiran (Tour Guide, Local Instructor, Beach Boy).

Program Latihan Peralihan Tenaga Kerja berkonsepkan latihan secara hands-on selama empat minggu serta menawarkan bantuan haluan kerjaya kepada setiap individu.

Di dalam program Skim Pengekalan Tenaga Kerja, setiap penuntut akan diberi latihan selama tiga bulan mengikut modul dan pada masa yang sama akan membantu mempersiapkan pekerja dengan kemahiran-kemahiran lain.

Tempoh latihan bagi kategori tour guide adalah selama dua bulan mengikut modul yang disediakan.

Bagi anda yang berminat boleh membuat pendaftaran di link https://bit.ly/TenagaKerja2020 atau lawati laman Facebook Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Posted by Faizal Azumu on Thursday, 25 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments