Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAgong kita perkenan mencemar duli lawat SMK Danau Kota, beramah mesra bersama...

Agong kita perkenan mencemar duli lawat SMK Danau Kota, beramah mesra bersama guru dan pelajar

Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, Setapak dan beramah mesra dengan para pelajar yang telah memulakan sesi persekolahan 24 Jun yang lalu.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di sekolah terbabit pada jam 10 pagi disambut oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Dalam lawatan ini, baginda berkenan menerima sembah taklimat pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM dan tatacara kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi oleh para guru, pelajar dan ibu bapa atau penjaga sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.

Umum mengetahui sikap mesra rakyat baginda Al Sultan Abdullah dan permaisuri yang sering turun padang bertemu masyarakat dan keberangkatan baginda ke SMK Danau Kota mencerminkan keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong terhadap keselamatan serta kesihatan para pelajar, guru dan warga sekolah yang kembali bertugas dan belajar secara bersemuka setelah hampir tiga bulan semua sekolah di seluruh negara ditutup berikutan penularan wabak pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, baginda menzahirkan penghargaan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah dan semua guru di atas kerjasama dan kesiapsiagaan membuat persediaan rapi bagi menjamin keselamatan di kalangan pada guru dan murid sepanjang berada di sekolah.

Baginda turut menasihati para guru dan pelajar agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan tatacara kebiasaan baharu, termasuk mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa berdisiplin menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan ketika berada di dalam dan luar waktu persekolahan.

Al-Sultan Abdullah mendoakan semoga semua guru dan pelajar di Malaysia yang kembali bertugas dan bersekolah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT.

Daulat Tuanku🙏🏻🙏🏻🙏🏻

#agongkita

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

26 Jun 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau sesi pembelajaran secara bersemuka di…

Posted by Istana Negara on Thursday, 25 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments