Monday, May 27, 2024
HomeBERITAPenyanyi K-pop, CL tamatkan kontrak bersama YG Entertainment

Penyanyi K-pop, CL tamatkan kontrak bersama YG Entertainment

Menerusi kenyataan dari sebuah agensi hiburan terkemuka di Korea Selatan, YG Entertainment mengumumkan bekas rapper utama kumpulan 2NE1, Lee Chae-Rin atau dengan nama komersialnya CL telah menarik diri dan tidak menyambung kontrak di bawah agensi berkenaan.

Difahamkan keputusan itu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak selepas masing-masing gagal memenuhi syarat kontrak terbaru.

CL merupakan ketua dan rapper utama bagi kumpulan K-pop 2NE1 yang ditubuhkan sejak 2009 yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu CL, Park Bom, Sandara Park dan Minzy.

Namun selepas perbubaran kumpulan 2NE1, CL bergerak secara solo dalam industri hiburan pada tahun 2016.

CL memulakan kerjaya solonya di Amerika Syarikat dengan menerbitkan album berjudul “Hello Bitches”.

Lagu terakhir kumpulan itu bersama YG Entertainment adalah single berjudul “Goodbye” yang diterbitkan pada Januari 2017.

Ia sebagai simbolik perpisahan antara 2NE1 dan peminat kumpulan ini.

Lagu berkenaan telah menjuarai carta teratas “Digital Billboard World”.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments