Penyanyi yang memiliki nada suara ‘high-pitched’, Black Hanifah sering berkongsi aktiviti harian di laman Instagramnya.
Para peminat dan pengikut Black, sudah tentu tahu akan minat penyanyi yang sedang hit dengan lagu Ceritera Hidup pada aktiviti sukan lasak seperti memandu All-Terrain Vehicle (ATV) dan juga sukan Motorcross.
Minatnya itu turut dikongsi bersama anak sulungnya, Khaleef Dayyan yang berusia empat tahun.
Black yang sering berkongsi video telatah nakal Khaleef Dayyan menghiburkan para peminatnya.
Baru baru ini, Black telah memuatnaik video anaknya melakukan aktiviti suka lasak, ATV di laman Instagramnya.
Video berdurasi satu minit itu memperlihatkan Dayyan yang berumur memandu ATV sendirian tanpa bantuan ayahnya.
Bayangkan kanak-kanak bersusuk tubuh kecil mampu memandu ATV yang besar dan keadaan tanah yang lecak.
Dayyan yang petah bercakap meskipun masih sedikit pelat sempat memberikan taglinenya ‘ni memang viral’ dan juga sempat mempromosikan kasut motorcross yang dipakainya.
Di ruangan komen pula, para peminat Black dan juga Dayyan kagum dengan keberanian anak kecil itu memandu ATV dengan baik.
Tidak kurang juga ada yang menasihati Black agar mengutamakan keselamatan anaknya dengan memakai pad keselamatan di anggota badan tertentu dan memakai topi keledar.
Leave a Reply