Friday, May 31, 2024
HomeBERITAIni Kentucky Fried Puyuh? Netizen merungut ayam goreng KFC bersaiz kecil dan...

Ini Kentucky Fried Puyuh? Netizen merungut ayam goreng KFC bersaiz kecil dan menyamakan seperti saiz burung puyuh

Jika melihat iklan di televisyen mahupun di papan-papan promosi produk jualan, pasti semuanya nampak indah dan menarik.

Begitu juga dengan iklan untuk produk makanan.

Jika menonton iklan makanan segera di kaca televisyen pastinya kelihatan menyelerakan dan set hidangan yang berbaloi untuk dibeli.

Namun sebaliknya berlaku apabila tular di laman Twitter berkaitan hidangan ayam goreng jenama terkenal, Kentucky Fried Chicken (KFC).

Pemilik akaun Twitter, Theianseerawr menyatakan kekesalan apabila menerima ayam goreng yang bersaiz kecil.

“Hai @KFCmalaysia . Ni itik ke?” tulis pemilik akaun Twitter Theianseerawr yang memuatnaik dua keping gambar dimana menunjukkan ayam berkenaan sangat kecil malahan ayam itu sebesar ketip kuku yang paling kecil.

Tambahnya lagi, “tak marahpun dengan ayam ni.. Rasa terhibur je”.

Sudah pasti ia tidak wajar berlaku apabila pembeli menerima hidangan yang tidak berpadanan dengan harga yang dikenakan.

Sebelum ini sudah banyak rungutan tentang isu yang sama namun ia seolah-olah di pandang ringan oleh pihak pengurusan KFC.

Jika perkara ini masih berlaku ditambah dengan kuasa viral yang mudah diterima pengguna, tidak mustahil syarikat makanan segera yang sudah lama bertapak di Malaysia ini akan diboikot oleh pembeli.

Ada juga netizen memberi komen jika membeli set ayam KFC untuk dibawa pulang (take away) atau penghantaran, pastinya akan mendapat ayam yang kecil juga.

Malah ada yang memberikan komen negatif tentang pengurusan KFC.

Entri berkenaan telah mendapat 6000 retweet dan lebih 4000 tanda suka setakat ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments