Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia tengah hari tadi.
Allahyarham yang juga EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri meninggal dunia di Hospital Melaka, kira-kira jam 1.05 tengah hari.
Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Mus mengesahkan perkara itu.
Allahyarham sebelum ini dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Melaka selepas dijangkiti COVID-19.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply