Friday, May 10, 2024
HomeBERITA'Hati ibu memelukmu selamanya Ayash Affan'...

‘Hati ibu memelukmu selamanya Ayash Affan’…

Hari ini genap 100 hari usia Ayash Affan, anak bongsu kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Shuib menerusi platform Instagramnya berkongsi wajah terkini Ayash yang sudah pandai tersenyum ketika berada di pangkuannya.

Alahai comel sangat tu, geramnya..

Turut berkongsi detik kegembiraan itu adalah peminat-peminat setia selebriti ini.

Terkini, seorang peminat dikenali sebagai Bunga Querida telah bertindak mengedit foto tersebut dengan meletakkan gambar Allahyarham Siti Sarah di sisi Shuib dan baby Ayash.

Ia dikongsi semula di laman media sosial dengan kapsyen berbunyi.

“Anakku, jangan bersedih meski tadi Ibu memeluk dirimu sejenak saja, kerana yang perlu kamu tahu, hati ibu memelukmu selamanya…..

Sebak pula, membaca kata-kata tersebut.

Hantaran itu telah dikongsi 11,000 pengikut media sosial lain.

Semoga Shuib terus kuat dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan bersama empat cahayamata anugerah Ilahi hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Kami turut mendoakan agar roh Siti Sarah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aaminn.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments