Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAPenuntut IPT yang dihantar pulang diseru patuh arahan kuarantin

Penuntut IPT yang dihantar pulang diseru patuh arahan kuarantin

Ketua Pengarah Kesihatan , Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah meminta individu wajib menjalani kuarantin mematuhi arahan seperti yang disarankan oleh pihak berwajib.

Beliau berkata demikian berikutan penghantaran pulang 49,019 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) ke pangkuan keluarga masing-masing oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini.

PATUHI ARAHAN KUARANTIN SEPERTI YANG DIARAHKAN27 April 2020 sehingga semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 18 Mei 2020

Penuntut yang tinggal di Semenanjung Malaysia diwajibkan menjalani kuarantin di rumah untuk tempoh 14 hari apabila tiba di kediaman manakala penuntut Sabah dan Sarawak pula, mereka perlu menjalani persampelan COVID-19 dan sekiranya keputusan adalah negatif, baki tempoh kuarantin perlu dijalankan di rumah masing-masing.

“KKM menyeru agar semua pelajar untuk mengambil iktibar daripada kes beberapa pelajar sebuah IPT yang telah diwajibkan menjalani kuarantin di rumah, namun didapati tidak patuh kepada notis arahan di bawah Seksyen 14, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,1988 (Akta 342) dan kemudiannya pelajar-pelajar tersebut disahkan positif COVID-19.

“Akibat tindakan mereka ini boleh memberi risiko jangkitan COVID-19 kepada orang yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan orang yang mempunyai sejarah penyakit kronik,” ujar beliau mengakhiri perkongsiannya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments